WELCOME TO ANIS ENTREPRENEUR WORLD

Saturday, 14 March 2015

Tokoh-tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia

Dalam merealisasikan impian sebagai usahawan tidak sah jika kita tidak tahu serba sedikit tentang kehidupan alam usahawan. Richard Cantillon menafsirkan bahawa usahawan ialah orang yang menanggung risiko dan bijak mencari peluang yang ada.

Terdapat ramai usahawan yang berjaya yang boleh kita jadikan idola untuk membina impian tersebut. Disini saya ingin berkongsi ssedukit sebanyak latar belakang tokoh-tokoh usahawan di Malaysia yang telah berjaya dan terkenal yang amat saya kagumi dan  dijadikan sebagai idola saya. Antaranya seperti Datuk Dr. Maznah Binti Hamid, Tuan Haji Ramly b. Mokni, Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin dan Irfan Khairi.

Di antara sebab-sebab saya memilih usahawan-usahawan tersebut sebagai tokoh usahawan pilihan saya ataupun idola saya dalam bidang usahawan adalah kerana saya sangat kagum dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh mereka. Sifat tersebut tersebut adalah seperti tabah, tidak mudah berputus asa, bersemangat tinggi, sangat berinovasi dalam mencipta produk-produk baru dan selalu ingin bersaing untuk jadi terbaik dalam masyarakat.



1)  Nama     : Datuk Dr. Maznah Binti Hamid
     Syarikat : Securiforce Sdn Bhd



Datuk Maznah Hamid dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.

Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat. Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi perbankan.

Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan kepercayaan bahawa "the main capital in business is yourself ". Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau.

Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV 3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi. Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan seperti seminar ”ZERO TO HERO” dan ”AWAKEN THE SPIRIT OF ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP”. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.


 2) Nama     : Tuan Haji Ramly b. Mokni
     Syarikat : Burger Ramly



Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Menurut beliau daripada pemerhatiannya semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .


3) Nama    : Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
    Syarikat: Simply Siti Sdn. Bhd.



Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia yang berasal daripada Temerloh, Pahang ini juga merupakan salah seorang tokoh usahawan yang Berjaya di Malaysia. Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” pada 30 Mac sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.

Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,

Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

Selain itu, pada 11 Januari 2011 beliau menerima dua anugerah dari BrandLaureate - Small and Medium Enterprises Chapter Awards (The BrandLaureate – SME's Chapter Awards) untuk salah satu  daripada produk SimplySiti. Beliau juga menerima Anugerah Wanita Inspirasi  dari  Persatuan Wartawan Malaysia dan Indonesia(ISWAMI) pada 29 Januari 2011.


 4)  Nama    : Irfan Khairi
      Syarikat: Irfan Khairi Sdn. Bhd.



Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan. Pierre Omidyar, pengasas laman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun. Berikutan kejayaan Omidyar, mendorong anak muda tempatan Irfan Khairi, 28 tahun,  lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom , menceburi perniagaan sendiri di Internet.
Anak muda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain.
Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu, Irfan setelah habis pengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.

             Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada
tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda daripada pendapatan bekerja 9 – 5 hari, beliau mengambil keputusan  untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500 dan ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun.

Tambah beliau lagi perkara yang penting ialah kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri untuk menjadi yang terbaik dan peluang menjadi jutawan sebenarnya terbuka luas untuk semua orang
Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK,negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia. Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book, mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO [Searca Engine Optimization ], Menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, E-Niaga, dan e-pembelajaran. 

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya malah menulis buku berjudul, "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar", kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan Internet.Dalam buku tersebut, beliau mencadangkan supaya pembaca yang ingin menjalankan perniagaan Internet hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja untuk setiap laman web yang dibangunkan kerana ini memudahkan mereka mencapai kejayaan.

Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.






1 comment: