TEORI USAHAWAN
Berdasarkan artikel yang telah diterbitkan dalam laman web yayasan muamalat belia, mereka telah menyimpulkan bahawa teori keusahawanan terbahagi kepada 4 perspektif antaranya seperti:
1) Ekonomi
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang
dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang
efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.
2) Sosial
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok
masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri
yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang
Cina, Indonesia dsbnya.
3) Psikologi
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat
(behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan
risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada
kegagalan dsbnya.
4) Pengurusan
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di
mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan
dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai
objektif perniagaan.
KLIK DISINI UNTUK ARTIKEL
CIRI-CIRI USAHAWAN
Seseorang usahawan yang ingin berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri
tertentu untuk berjaya. Didalam artikel yang telah diterbitkan oleh laman web
hairizal ada menyebut tentang ciri-ciri yang mesti ada di dalam diri setiap
usahawan.
Beliau menyatakan antara ciri-ciri seorang usahawan adalah seperti:
1) Berjaya memilih niche
perniagaan yang kita minat
- Contoh adalah dengan menjual pakaian. Untuk lebih niche mungkin kita boleh
tumpukan untuk pakaian bayi.
2) Membuat perancangan
3) Tiada perasaan malu atau
segan
4) Berani
5) Kuat berusaha
6) Bersemangat setiap hari
-Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
7) Bijak
-Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari
peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
8) Konsisten
- Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya
dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya
konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan
kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
9) Bersifat mesra
pelanggan
10) Sabar
- Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar
dalam menjalankan usaha serta hasil.
No comments:
Post a Comment